Tuesday, June 17, 2008

Percutian sekolah saya

Untuk percutian sekolah saya, saya pergi ke Batam untuk 2 hari dengan keluarga saya termasuk sepupu-sepupu saya . Kami naik feri selama 2 jam ke situ. Saya duduk dengan sepupu saya(Diana) dan datuk saya.

Apabila sampai di Batam, kami semua terus pergi ke hotel 'Planet Holiday'. Hotel itu adalah 4 ****dan terbaik di Batam. Selepas menyimpan barang-barang di bilik hotel itu, kami makan tengah hari lalu balik ke hotel. Ibu saya, ibu Diana, bibik saya dan bibik Diana pergi membeli-belah di pasar raya sementara datuk saya, bapa saya, bapa Diana, abang saya(Elyas), abang Diana(Faris), sepupu saya(Homaidi), Diana dan saya menginap di hotel.

Apabila ibu saya, ibu diana, bibik saya dan bibik Diana balik ke hotel, kami semua pergi ke sebuah pusat beli-belah yang bernama 'Diamond Centre Mall'. Di situ, Diana dan saya mencuba ais krim goreng. Sangat enak! Elyas, Faris, Homaidi, Diana dan saya juga bermain di arkid. Kami menang 173 tiket yang boleh di tukar ganti dengan mainan.
Selepas itu, kami pergi ke sebuah restoran bernama 'Golden Prawn'. Kami makan makanan laut. Untuk pertama kali saya dapat mencuba gong-gong, sejenis makanan laut yang rasanya seperti sotong. Sangat sedap!
Kita balik ke hotel selepas makan malam. Saya berkongsi bilik dengan bibik saya, bibik Diana dan Diana. Diana dan saya sebenarnya harus tidur tetapi kita bermain dan menonton televisyen! Kita terlalu bising sehingga bibik-bibik kita tidak boleh tidur! Hahaha! :p
Pada hari kedua, Elyas, Faris, Homaidi, Diana dan saya makan 'McDonald's' untuk sarapan sementara semua orang dewasa makan di hotel. Yang peliknya, 'McDonald's' menyediakan ayam goreng bersama nasi! Setahu saya 'McDonald's' di Singapura tidak menyediakan nasi. Diana dan saya terus pergi berenang di kolam renang hotel selepas makan. Kita berenang selama 2 jam!
Selepas Diana dan saya bermandi, keluarga kami hendak pergi ke lagi satu pusat beli-belah yang benama 'Mega Mall'. Kami semua makan tengah hari di situ kecuali Elyas,Faris dan Homaidi. Mereka tidak lapar. Kemudian, kami pergi ke terminal feri untuk pulang ke Singapura.
Pelawatan itu sangat menyeronokkan! Saya harap saya dapat kembali ke Batam dengan sepupu saya lagi.
Elysa





No comments: